BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

kemelut apa yang melanda aku...

hari ini aku terasa asing di tempat ku bekerja..mereka yang selalu bertegur sapa dengan ku,ku rasakan hari ini bagaikan mereka membisu..hanya kerdipan mata yang dicipta oleh mereka seolah-olah ingin memberitahu yang aku seperti sedang dihukum oleh Maha Kuasa..tiada gambaran di raut wajah yang ingin mereka ukirkan..mereka saling berpandangan mengucapkan "tahniah" atas apa yang berlaku...aku yang terkebil-kebil memandang mereka untuk bersimpati terhadap diriku..ingin sekali aku menyatakan yang aku tidak pernah mahu dihukum oleh alam cakerawala ini..aku menjerit dan terus menjerit namun mereka diam membisu..pergi berlalu meninggalkan diriku ini..aku hanya mahu tahu kemelut apa yang sedang melandaku..
sayupan suara jauh meninggalkan aku dan aku seolah-olah ditinggalkan di dalam dunia yang penuh kebisuan..aku yang ingin mencari makna hidup terus tenggelam dalam dunia kebisuan..mahu apa mereka meletakkan aku di "sini"..adakah masa lalu ku mahu terus menghimpit aku di sini?....
hukumlah aku andai ini mahu mu...

0 Comments:

Post a Comment