BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 26, 2009

broadband celcom..

semalam aku tak sempat nak update blog aku..
cian gak kat blog aku ni..tapi sape la nak jadi follower blog yang entah pape ni kan?..
k la..aku nak story sal broadband yang aku baru beli kat tesco ni..
aku memang da pasang niat nak milii broadband sendiri..sekarang ni baru la impian aku tercapai..tu pun setelah aku korek duit tabung n bank islam aku..
licin lorh...cian aku tapi takpe..broadband punye pasal aku sanggup beb..
aku keluarkan rm300 dari akaun bank islam..
duit tu aku simpan lepas aku untung jual perfume De pachoutli..
korang tak pernah dengarkan?..

kotak dia sama je macam one drop perfume..
cume yang ni hanya ada 5 botol dengan harga rm28 sekotak..
bau pun best..hihihi..promote sikit..

k..berbalik sal tajuk utama kita..
hajat aku nak naik tingkat atas kat tesco tapi tak jadi sebab kiosk celcom tu da pindah tempat..
dia da pindah kat tepi escelator..
aku pun pergi la serbu kiosk tu..
aku tanya dulu..
"kak,nak pakai broadband ni kena pakai postpaid ke?"
"tak la.."akak tu jawab..aku pun ape lagi..terus cakap nak ambik satu..dia
dia cakap sekarang ni ada promosi broandband..rm155 je..aku terkejut giler..
xcaya la..bulan-bulan dia hanya la rm68..hajat nak ambik yang satu lagi tapi takpe la..

ni pun da kira baik ape..
so sekarang ni aku tengah online blog ni guna broadband ni la..
hihihiihi..mesti ada orang akan jelez ni..

hanyut je...

aku rase hanyut je ari ni..
mungkin aku tak cukup tido..mungkin jugak..
takde citer best yang aku nak story kat blog ni..
cuma ari ni aku menjadi tempat luahan perasaan oleh kawan sekerja aku..

mana taknya..dia baru je putus dengan pakwe dia..yang aku tahu,pakwe dia da jemu dengan perangai dia..siap menangis lagi kawan aku ni..
sepanjang sesi luahan perasaan tu,aku dapat rasakan yang semua ni berpunca dari salah dia sendiri..kalau nak kongkong pun,agak-agak la..dia tu ada perasaan gak..takkan la 24 hours nak berkepit bawah ketiak..

bila da jadi macam ni,menangis pun da takde guna..ni siap nak berhenti kerja lak..
tak profesional betul la..masalah dengan pakwe nape la di bawak sampai ke tempat kerja??..tak paham aku...bosan pun ada tapi layan la jugak..cuupss...aku tak mengutuk kat belakang tapi dia tengah sedih takkan aku nak sound bodoh-bodoh..kang tak pasal-pasal ugut nak bunuh diri lak..
naya la aku...

aku mampu nasihat je la..nanti 2 3 ari lagi okey la tu si zamree tu wahai kak bedah oi...

lalalalalaaaa..out..

Friday, December 18, 2009

update blog..

hampir seminggu aku xdapat nak update blog..
ni semua gara-gara wayar streamyx digigit tikus..
nakal betul la..sakit hati aku..
so ari ni aku boleh la nak update coz aku guna broadband...
jangan lupa baca ek...


lalalalallalalla

Sunday, December 13, 2009

n0thing..

xde yg menarik yang ingin ku coretkan di sini..
tp..
aku bru sahaja membaca blog abg aku..sa ucapkan hepi anniversary ek kt abg azrul n kak fifie..
arap la kamu bahagia sampai akhir hayat..
aku pun da xsbr ni..hepi sebenarnya kerana kak fifie da pregnant..alhamdulillah..
anak sedara yang bakal lahir adalah anak sedara yg sulung...
ape nama timangan yang aku ingin anak sedara aku pggil...
"che sa" @ "mama nisa"?...mcm plik je bunyi...huhuhu..pggil je che lang kn?...hahaha

Thursday, December 10, 2009

biasanya hari-hari minggu aku akan tido je..ganti hari-hari yang len sbb aku xckup tido..
tapi hari ni aku nekad nak mandikan 'pakwe' aku sbb da kotor sgt..
aku sayang sgt kt motor ni..aku da abiskan byk duit utk modified 'dia'..
so berbaloi la aku nak mandikan 'pakwe' aku ni..


sebelum 'pakwe' aku dimandikan


gosok jgn xgosok..ewah..

time nk bilas..


da ciap mandi..

aku nak mandi dengan dia tp xleh..ni pun aku xciap lap ag..
nk bg kering dlu..pastu bru aku kiwi rimsport tu..
cntiknya....'pakwe' aku..

adik aku amie a.k.a dak tembam mengadu kat aku yang gigi dia tgh bergoyang..
aku sebenarnya pantang tgk gigi yang nk tercabut ni..so aku men la gigi dia dengan jari telunjuk aku..tgh men,aku rasa macam gigi dia tinggal sikit lagi nak tercabut..

aku bagitau amie.."amie,goyang kuat-kuat cikit..da nk tercabut tu"
xsmpai 10 mnit dia goyang..puh..tercabut la gigi taring dia tu..
"kak sa,gigi amie da tanggal.."hooreyyy...dia melompat atas katil..takut gak aku..
nanti runtuh la katil tu..

mlm tu aku,safiirah n amie tido dgn lena..
lalallalalalala....

tepat jam 9.10 mlm aku nek motor tuk blik umah...
setiap kali aku nek motor aku jarang-jarang baca doa..
xthu la nape..minggu ni aku rasa aku selalu baca doa naik kenderaan,ayat kursi n satu lagi ayat yang aku xpasti ape nama ayat tu..
tapi aku tahu ayat tu ialah ayat pelindung diri..macam ni ek ayat dia..
"laisalahamindunillahikasyifah"
pas baca ayat ni aku rasa tenang sgt..

sampai la di traffic light tesco..
aku tgh tgu traffic light depan aku ni ijau sbb lpas ni traffic light aku lak..
tiba-tiba"sreeeeeetttttttttttt...booooooommmm..."aku tgk sebuah motor model Ego yang ditunggangi 2 orang perempuan berpakaian nurse sedang tergolek atas jalan..aku hanya mampu melihat je la ape yang berlaku..

diorang hanya cedera ringan je..
dalam ati aku..
"da tahu api tu merah,nape nk tempuh gak..last-last terbalik sendiri"

pengajarannya: nurse sendiri kena belajar disiplinkan diri..jangan hanya tahu rawat n jaga pesakit je...

ular oh ular..

tgh elin duk berbual dgn aku dlm tel..
sempat ag dia snap pic ular ni...
ular ni bru lepas kena pijak dek kereta..
elin bagitau aku.'nk tgk x pic ular kna pijak?..
aku ckp la..'blh gak'..dia pun snap la 2 3 pic utk tatapan aku..


ni kali pertama


ular ni menggeledik tuk kali ke-2

last-last mati jugak si ular ni..


sehebat mana pun ular ni last-last tersungkur gak ia kat bawah lampu tepi jalan..
dah sampai ajal la tu...
cian aku tgk..
even aku geli dgn spesis ni pun aku tetap kesian..
sbb aku ni pun manusia and tahu kita semua ni pun x lama gak atas muka bumi ni..
kan..kan..??

Tuesday, December 8, 2009

sakitnya hati..!!!

nape la dia g delete pic dlm hp tu...
sakit tol ati aku...
e....suka sgt wat keputusan sendiri tanpa bagitau kat aku..
ingt aku ni xde perasaan ke??...
klu mrh ckit..mula la ckp yg bkn-bkn..
klu xmaaf,xsdap ati...
ape la yg nk berlaku kat aku skrg ni...

ni la perasaan aku skrg ni!!!!!

aku rasa sepi...


aku rasa sepi sangat hari ni..walaupun dapat meseg dan panggilan telefon tapi aku tetap rasa sepi..bosan yang teramat sangat...
view blog enulwanie.blogspot.com untuk cari ilham...huhu..jangan marah ye..

mata da ngantuk tapi masih tak mahu lelap lagi..


bosan..!!!bosan..!!bosan..!!













Monday, December 7, 2009

KOTA BHARU - “Mangsa kereta yang terjunam di tangga eskalator berada hampir tiga meter dari tempat saya duduk dan saya tergamam melihat kejadian itu,” kata salah seorang yang menyaksikan kejadian maut di KB Mall dekat sini, petang kelmarin.

Remaja berkenaan, Ahmad Darmawulan Ibrahim, 22, berkata, semasa kejadian jam 4.50 petang kelmarin, dia baru sahaja selesai membeli di salah sebuah farmasi di pasar raya itu sebelum melihat mangsa jatuh berdekatan dengannya.

“Mula-mula kejadian, saya terdengar bunyi benda berlanggar kuat, kemudian saya mendongak ke atas, ada banyak benda runtuh, bata, bumbung, cermin jatuh dan pecah.

“Kebanyakan pekerja dan mereka yang membeli-belah di pasar raya itu kaku dan tergamam melihat satu-persatu bata dan cermin jatuh. Sejurus kemudian, dalam masa tidak sampai dua minit, saya lihat kereta terjunam, lalu tersangkut di eskalator berdekatan saya,” katanya kepada :Sinar Harian.

Ahmad berkata, dia ternampak ada dua mangsa, satu berada pada jarak tiga meter darinya dan seorang lagi berada pada kedudukan ketiga anak tangga eskalator.

Bagaimanapun, dia mengetahui empat mangsa terlibat, tetapi tidak pasti yang mana maut dan cedera ketika itu.

“Saya percaya mangsa yang berada di kaki eskalator jarak tiga meter itu maut. Tetapi semasa kejadian, boleh dikatakan tiada siapa yang berani mendekati mangsa kerana takut benda lain jatuh lagi dari atas.

“Dalam masa 20 minit berada di situ, saya sempat melihat rakan mangsa (pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill) yang beruniform menangis dan apabila runtuhan reda, mangsa berdekatan saya diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh pihak keselamatan dan orang ramai,” katanya.

Katanya, kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan dan bersyukur kerana dia terselamat daripada kejadian ngeri terbabit.

Kbmall runtuh??!!!

sebenarnya bukan kbmall yang runtuh tapi ada sebuah kereta yang hilang kawalan telah terjunam dan menimpa 3 pelajar masterskill..2 terbunuh manakala seorang lagi cedera parah..pemandunya hanya cedera..
macam mana la semua ni berlaku..kalau nak diikutkan,tak perlu la salahkan siapa-siapa..dah ketentuan semua ni akan berlaku..
ni adalah berita yang sempat aku update untuk tatapan anda..


DEWAN BETA - Dua beradik yang terlibat dalam kejadian di KB Mall kelmarin masih lagi berada dalam keadaan fobia berhubungan kejadian yang meragut dua nyawa pelajar Kolej Masterskills itu.

Nurul Akmal Said, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Salor berkata, kejadian tersebut sangat menakutkannya kerana ia berlaku tanpa diduga oleh dia dan kakaknya, Nurul Ain Said, 17, pelajar Sekolah Menengah Dewan Beta serta abang angkat kakaknya, Sabri, 27, yang dikenali selama setahun lebih.

“Masa kejadian, kira-kira jam 4 lebih kami hendak pulang selepas membeli barangan kelengkapan sekolah di sana, masa itu kereta milik Sabri tidak dapat dihidupkan dan kami terpaksa menolaknya.

“Pada awalnya saya dan kakak yang menolak dan Sabri dalam kereta oleh kerana kami berdua tidak berupaya. Jadi Sabri meminta kakak berada dalam kereta dan saya serta dia yang menolak di luar,” katanya kepada: Sinar Harian :ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chekeli di sini, semalam.

Nurul Akmal berkata, Sabri mengajar kakaknya itu supaya menekan minyak apabila kereta ditolak dan dia juga turut sama telah memasukkan gear untuk kakak sebelum menolak kereta itu.

Beliau berkata, tiba-tiba sahaja apabila enjin dapat dihidupkan kereta tersebut terus meluncur laju dan merempuh dinding Pasaraya KB Mall.

Menurutnya, dia pada waktu itu terkejut dan sempat menjerit apabila melihat keadaan kereta yang dipandu oleh kakaknya itu merempuh dinding. Sementara itu, Nurul Ain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, semasa kejadian tersebut dia tidak sedarkan diri kerana pengsan beberapa kali dan hanya sedar apa yang terjadi apabila tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Sampai sekarang kejadian tersebut bermain-main di fikiran dan saya rasa amat takut,” katanya yang sedang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu. Beliau yang ketika itu sedang berkemas untuk pulang ke rumahnya selepas menerima rawatan di hospital berkata, apa yang berlaku itu tidak diduganya dan ia juga berlaku terlalu pantas. Nurul Ain berkata, sepatutnya semalam dia menduduki peperiksaan SPM bagi subjek ekonomi tetapi dengan keadaannya sekarang ini dia tidak dapat meneruskannya.

“Saya sedih dan masih tidak berupaya, tentang peperiksaan tengoklah macam mana keadaan saya nanti kerana saya masih ada empat subjek untuk diteruskan,” katanya dengan nada yang lemah. Dia yang mengalami kecederaan di wajahnya itu kini tidak dapat menggerakkan kaki kirinya, tetapi sudah dibenarkan pulang berehat di rumah oleh pihak hospital. Beliau yang merupakan anak kelima dan adiknya, Nurul Akmal anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, mereka memohon maaf di atas apa yang berlaku terutamanya kepada keluarga mangsa yang maut. Ayahnya, Said Ismail, 51, berkata, mereka sekeluarga memohon ampun kepada keluarga yang terlibat.

“Apa yang berlaku ini adalah sudah ditentukan oleh Tuhan dan ia di luar dugaan. Kami memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kepada keluarga terlibat dan takziah kami ucapkan,” katanya. Dalam kejadian tersebut dua sahabat maut dan dua cedera parah dan kini dirawat di HPRZ II. Mereka yang terbunuh ialah, Siti Nur Amira Shamsuddin, 18, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 23, yang berasal dari negeri ini.

untuk pengetahuan anda..pihak media tidak memberikan kenyataan sebenar berhubung dengan umur mangsa-mangsa yang terlibat..

Saturday, December 5, 2009

aku terpaku kaku..

ketika aku berdiri memandang sawah yang terbentang luas..aku berhenti di satu pondok yang dahulunya tempat bergurau senda aku dan dia..tempat itu masih tersergam indah walaupun tiangnya sudah pun hampir hancur dimamah anai-anai..mataku membulat saat aku terpandang ukiran nama yang tak pernah hilang walaupun sudah 7 tahun berlalu..ukiran itu seperti meminta aku menyentuh dan mengesatnya agar kelihatan seperti dulu..namun waktu jari-jemari mula mahu menyentuh..aku dikejutkan dengan satu suara yang tak pernah asing bagiku..memberi salam agar mahu aku menjawab dan menyedari kedatangannya di situ..
aku berpaling melihat satu tubuh yang dahulunya kurus melidi sekarang menjadi montel..
tersenyum ku saat melihat dirinya berubah..percakapannya sedikit berubah namun aku masih dapat meneliti bait-bait perkataannya..masih berterusankah semua itu atau hanya sementara?...

hari ini aku terasa asing di tempat ku bekerja..mereka yang selalu bertegur sapa dengan ku,ku rasakan hari ini bagaikan mereka membisu..hanya kerdipan mata yang dicipta oleh mereka seolah-olah ingin memberitahu yang aku seperti sedang dihukum oleh Maha Kuasa..tiada gambaran di raut wajah yang ingin mereka ukirkan..mereka saling berpandangan mengucapkan "tahniah" atas apa yang berlaku...aku yang terkebil-kebil memandang mereka untuk bersimpati terhadap diriku..ingin sekali aku menyatakan yang aku tidak pernah mahu dihukum oleh alam cakerawala ini..aku menjerit dan terus menjerit namun mereka diam membisu..pergi berlalu meninggalkan diriku ini..aku hanya mahu tahu kemelut apa yang sedang melandaku..
sayupan suara jauh meninggalkan aku dan aku seolah-olah ditinggalkan di dalam dunia yang penuh kebisuan..aku yang ingin mencari makna hidup terus tenggelam dalam dunia kebisuan..mahu apa mereka meletakkan aku di "sini"..adakah masa lalu ku mahu terus menghimpit aku di sini?....
hukumlah aku andai ini mahu mu...

Friday, December 4, 2009

saat mata memandang ke jalan raya..hati bagaikan direntap oleh deruman puluhan kereta yang melalui jalan itu..sepasang mataku melihat kanak-kanak berlari riang seolah-olah mereka tidak pernah mengenal apa itu kehidupan..senyuman dan gelak tawa mereka bagaikan tiada penghujung untuk hari esok..tapi aku masih mencari sisa-sisa hidup yang pernah aku tinggalkan satu ketika dahulu..
namun saat itu hilang dan seolah-olah tidak mengizinkan aku terus mendekatinya..jiwaku terus-menerus meronta mencari apa erti hidup yang lalu..perlukah aku kembali memohon agar dunia ini kembali ke saat lalu..?..aku tahu ini semua takkan berlaku..tiada putaran masa akan kembali ke tempat lalu..
dan aku..aku akan terus menangisi sesuatu yang takkan kembali..saat itu juga takkan benarkan aku merasa sisa-sisa yang telah kubuang dahulu...
jalan raya yang kulihat tidak pernah berhenti menjalankan tanggungjawab..begitu besar jasanya kepada manusia..walaupun sering kali sakit menahan jutaan bekas tayar kenderaan namun jalan itu masih tersenyum..seperti mengajarku erti kesabaran yang tak sudah dan mengajarku menjadi manusia yang redha atas qadar dan qada' Nya..

waktu aku bangun..ku lihat kiri dan kananku..terlintas difikiran untuk mengambil handset dan melihat jika terdapat meseg atau panggilan yang tak dijawab..
skrin handset menunjukkan ianya kosong..salah satu tanda aku tidak menerima meseg mahupun panggilan masuk..ku melangkah malas mencapai tuala di tempat persidaian..memikirkan yang ku harus ke tempat kerja dalam satu jam dari sekarang..agenda untuk mempersiapkan diri tergendala tatkala aku merasakan yang hatiku tidak begitu senang menempuhi hari ini..namun keresahan hati terus melanda ketika aku sedang mendongak memandang langit..setitis air hujan yang turun belum tentu dapat meredakan keresahan ini..setiap langkah yang dibentuk oleh kakiku terasa begitu sukar untuk digerakkan..kadang-kadang aku memikirkan kenapa ini sering berlaku..adakah telah ditakdirkan hidup aku kesunyian..???tapi mengapa ini harus berlaku?..

coretan hati menjerit
adakah aku yang bersalah dalam menempuhi semua ini?...



salam perkenalan untuk warga bloggers sekalian..
aku masih baru di ruangan ini..masih memerlukan sokongan dari kalian
yang aku hormati...
aku lebih suka dikenali dengan nama Liysa Azizan..baru menamatkan pengajian di institusi
pengajian tinggi awam..
anak jati kelantan yang masih mencari makna kehidupan..
kenali la aku di ruangan blog ini..