BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 7, 2009

Kbmall runtuh??!!!

sebenarnya bukan kbmall yang runtuh tapi ada sebuah kereta yang hilang kawalan telah terjunam dan menimpa 3 pelajar masterskill..2 terbunuh manakala seorang lagi cedera parah..pemandunya hanya cedera..
macam mana la semua ni berlaku..kalau nak diikutkan,tak perlu la salahkan siapa-siapa..dah ketentuan semua ni akan berlaku..
ni adalah berita yang sempat aku update untuk tatapan anda..


DEWAN BETA - Dua beradik yang terlibat dalam kejadian di KB Mall kelmarin masih lagi berada dalam keadaan fobia berhubungan kejadian yang meragut dua nyawa pelajar Kolej Masterskills itu.

Nurul Akmal Said, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Salor berkata, kejadian tersebut sangat menakutkannya kerana ia berlaku tanpa diduga oleh dia dan kakaknya, Nurul Ain Said, 17, pelajar Sekolah Menengah Dewan Beta serta abang angkat kakaknya, Sabri, 27, yang dikenali selama setahun lebih.

“Masa kejadian, kira-kira jam 4 lebih kami hendak pulang selepas membeli barangan kelengkapan sekolah di sana, masa itu kereta milik Sabri tidak dapat dihidupkan dan kami terpaksa menolaknya.

“Pada awalnya saya dan kakak yang menolak dan Sabri dalam kereta oleh kerana kami berdua tidak berupaya. Jadi Sabri meminta kakak berada dalam kereta dan saya serta dia yang menolak di luar,” katanya kepada: Sinar Harian :ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chekeli di sini, semalam.

Nurul Akmal berkata, Sabri mengajar kakaknya itu supaya menekan minyak apabila kereta ditolak dan dia juga turut sama telah memasukkan gear untuk kakak sebelum menolak kereta itu.

Beliau berkata, tiba-tiba sahaja apabila enjin dapat dihidupkan kereta tersebut terus meluncur laju dan merempuh dinding Pasaraya KB Mall.

Menurutnya, dia pada waktu itu terkejut dan sempat menjerit apabila melihat keadaan kereta yang dipandu oleh kakaknya itu merempuh dinding. Sementara itu, Nurul Ain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, semasa kejadian tersebut dia tidak sedarkan diri kerana pengsan beberapa kali dan hanya sedar apa yang terjadi apabila tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Sampai sekarang kejadian tersebut bermain-main di fikiran dan saya rasa amat takut,” katanya yang sedang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu. Beliau yang ketika itu sedang berkemas untuk pulang ke rumahnya selepas menerima rawatan di hospital berkata, apa yang berlaku itu tidak diduganya dan ia juga berlaku terlalu pantas. Nurul Ain berkata, sepatutnya semalam dia menduduki peperiksaan SPM bagi subjek ekonomi tetapi dengan keadaannya sekarang ini dia tidak dapat meneruskannya.

“Saya sedih dan masih tidak berupaya, tentang peperiksaan tengoklah macam mana keadaan saya nanti kerana saya masih ada empat subjek untuk diteruskan,” katanya dengan nada yang lemah. Dia yang mengalami kecederaan di wajahnya itu kini tidak dapat menggerakkan kaki kirinya, tetapi sudah dibenarkan pulang berehat di rumah oleh pihak hospital. Beliau yang merupakan anak kelima dan adiknya, Nurul Akmal anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, mereka memohon maaf di atas apa yang berlaku terutamanya kepada keluarga mangsa yang maut. Ayahnya, Said Ismail, 51, berkata, mereka sekeluarga memohon ampun kepada keluarga yang terlibat.

“Apa yang berlaku ini adalah sudah ditentukan oleh Tuhan dan ia di luar dugaan. Kami memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kepada keluarga terlibat dan takziah kami ucapkan,” katanya. Dalam kejadian tersebut dua sahabat maut dan dua cedera parah dan kini dirawat di HPRZ II. Mereka yang terbunuh ialah, Siti Nur Amira Shamsuddin, 18, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 23, yang berasal dari negeri ini.

untuk pengetahuan anda..pihak media tidak memberikan kenyataan sebenar berhubung dengan umur mangsa-mangsa yang terlibat..

0 Comments:

Post a Comment