BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 22, 2010

ari ini aku rasa sungguh sunyi..
sesunyi hutan yang tiada penghuni..
namun aku rasa semakin jauh dari mereka yang sayangi...
saban hari aku menceriakan mereka..
apa mereka sudah tidak mahu mengendahkan aku lagi?..

mungkin mereka sudah tidak mahu memandang wajah aku lagi..
mungkin juga aku hanya sekadar kawan ketika mereka dalam kesusahan..
apa beza itu semua pada aku?...

aku sungguh sunyi..
sesunyi dunia yang hilang panorama bunyinya..
apa aku tidak layak untuk bersama mereka?..
apa aku hanya layak melihat mereka pergi jauh meninggalkan aku?..

sesekali aku termanggu..
masih ada harapankah untuk aku kembali terbang seperti mereka yang lain?...
sedangkan aku hanya berdiri di atas 1 kaki sahaja...
aku butuh tongkat untuk memimpin aku..

namun tongkat itu tidak mampu menemaniku lagi dek kerana dimamah anai-anai yang takdirnya hanya mahu merosakkan kayu kayan..
tidak aku salahkan mereka..
kerana akan tiba satu saat mereka akan pergi meninggalkan aku..
dan aku tahu..
masa itu telah tiba..

walau jenuh aku memanggil..
walau jenuh aku merayu..
aku tidak akan dibantu melainkan diri aku sendiri..

saat itu aku sedar..
hidup ini telah tersurat bahawa jika di dunia kita berteman..
pasti tidak di bawah sana...

aku tersenyum memandang mereka...
walaupun perit hatiku membiarkan mereka pergi tanpa membawaku..
aku pasti satu saat mereka akan bisa merasakan sesalan itu...

aku memandang ke belakang..
bukan aku seorang yang merasa begitu..
kerana itu la aku mahu bangkit membawa sejuta harapan untuk mereka yang senasib denganku...

mereka yang berada di belakang ku tahu bahawa tika ini akan menjelma satu harapan baru untuk dunia baru...






0 Comments:

Post a Comment