BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 11, 2010

dingin nya angin malam ni..

entah kenapa aku rasa sunyi sangat malam ni..
tiada kedengaran sahutan bunyi cengkerik yang selalu melekakan aku..
hanya deruman bunyi kenderaan yang sering kali mengganggu pemikiran aku..
sering kali aku merasakan aku semakin jauh dengan kasih sayang dari orang-orang yang aku sayang..namun siapa aku untuk menidak iyakan semua itu..

aku acap kali berada dalam kegelapan..mahu seseorang memimpin aku untuk ke satu tempat yang terang..namun belum juga aku temui..hanya sandiwara malam yang terus menggamit aku dari terus alpa..adakah aku masih mampu menahan segala dosa-dosa yang telah aku perbuatkan..?..mengapa hanya aku yang sering dibelenggu segala macam dugaan..??

dapat aku rasakan yang semua yang berlaku hanya la mimpi yang tidak mahu aku bangun dan bernafas di bumi yang suci ini..semakin hari semakin tua bumi ini..semakin aku terus leka dalam dugaan yang membangunkan aku walaupun kadangkala aku rasa semua itu hanya mahu melenyapkan aku dari muka bumi ini..benarkah apa yang aku rasa??

tapi kenapa aku?..kenapa aku terasa asing di bumi sendiri?..apa aku tidak layak hidup di bumi yang aku pijak sekarang??apa aku hanya layak hidup di dalam mimpi yang belum pasti menjadi nyata??...hanya tapi dan tapi..semua persoalan tadi hanya diri aku sahaja yang bisa menjawapnya walaupun aku sendiri tidak tahu apakah jawapan sebenar yang aku inginkan...

1 Comment:

  1. Unknown said...
    jiwang nmpak...tak sangka lak adik aku ni jiwang....tak elok makan hati sgt......
    kadang kala kena selalu berfikiran positif..jgn hanya di turut kan kata hati....org tua2 kata...IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA....tul tak???

Post a Comment